PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) FASA 1 TAHUN 2021

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr.,

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) FASA 1 TAHUN 2021
-SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS)
-SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membuka permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (DP KPT) Fasa 1 Tahun 2021 kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kolej Universiti Swasta) mulai 18 Januari 2021. Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses seperti di pautan https://mygrants.gov.my. Tarikh tutup permohonan bagi kedua-dua skim geran penyelidikan ini adalah seperti berikut:

1) Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) - Tarikh Tutup
26 Februari 2021.
2) Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) - Tarikh Tutup 31 Mac 2021

3. Pembukaan FRGS dan PRGS Fasa 1 Tahun 2021 adalah berdasarkan pada tujuh (7) domain penyelidikan seperti berikut:
(a) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
(b) Teknologi dan Kejuruteraan (TK);
(c) Sains Tulen dan Gunaan (STG);
(d) Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK);
(e) Sains Sosial (SS);
(f) Sastera dan Sastera Ikhtisas (SSI); dan
(g) Warisan Alam dan Budaya (WAB)

4. Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:
4.1. Institusi
(a) Diwajibkan berdaftar dan mengisi data pencapaian Malaysia Research Assessment (MyRA®️) dalam Sistem Malaysia Research Assessment Instrument (Sistem eMyRA) Tahun 2019. Senarai Institusi yang layak memohon geran penyelidikan bagi tahun 2021 adalah seperti di Lampiran A;
(b) Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) perlu memastikan penyelidik yang telah diluluskan projek penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan KPT bagi fasa terdahulu telah mengisi dan melengkapkan Laporan Prestasi/Laporan Akhir dalam Modul Pemantauan MyGRANTS dan disahkan oleh RMC berdasarkan Laporan Pemantauan Bilangan 2 Tahun 2020; dan
(c) RMC perlu menjalankan penilaian dalaman di peringkat Institusi yang melibatkan minimum dua (2) orang panel penilai berpangkat Profesor Madya atau Profesor untuk setiap permohonan (sila rujuk Lampiran B bagi Panduan dan Kriteria Panel Penilai Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi).


4.2. Penyelidik
(a) Permohonan geran penyelidikan dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan (Pindaan Tahun 2021). Garis Panduan ini boleh dicapai secara atas talian melalui portal MyGRANTS;
(b) Ketua Projek mestilah telah mengisi dan melengkapkan Laporan Prestasi/Laporan Akhir bagi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu dalam Modul Pemantauan MyGRANTS;
(c) Penyelidik hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu (1) permohonan sebagai Ketua Projek bagi FRGS atau PRGS; dan
(d) Penyelidik perlu mengemaskini dan melengkapkan Profil Penyelidik (merangkumi Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, Harta Intelek (IP), Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dan perlu disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS. Kementerian berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tersebut tidak dikemaskini atau tidak lengkap.

4.3. Jumlah peruntukan dan tempoh penyelidikan yang dipohon hendaklah mematuhi ketetapan berikut:
(a) Siling permohonan FRGS adalah RM250,000.00 bagi tempoh dua (2) atau tiga (3) tahun penyelidikan; dan
(b) Siling permohonan PRGS adalah RM500,000.00 bagi tempoh satu (1) atau dua (2) tahun penyelidikan.

4.4. Setiap permohonan dimestikan untuk mematuhi semua syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan (Pindaan Tahun 2021) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPT yang berkuat kuasa. Garis Panduan (Pindaan Tahun 2021) juga boleh diakses melalui Portal MyGRANTS.

5. Sehubungan itu, perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/ Dato’/Prof./Dr. adalah dipohon untuk memaklumkan pembukaan permohonan geran penyelidikan ini kepada semua penyelidik di Institusi masing-masing. Pihak Institusi adalah diingatkan untuk memastikan semua permohonan yang lengkap dan berkualiti dihantar secara atas talian menggunakan MyGRANTS mengikut tempoh masa yang ditetapkan serta memenuhi semua syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan (Pindaan Tahun 2021) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPT yang berkuat kuasa. Kementerian berhak untuk menolak mana-mana permohonan yang gagal untuk mematuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

6. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr. boleh menghubungi pegawai di Kementerian ini di talian 03-8870 6974/6975.

7. Bersama-sama ini dikemukakan Surat Makluman Pembukaan Permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Fasa 1 Tahun 2021 untuk rujukan dan simpanan pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr. selanjutnya. Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr. berhubung perkara ini amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,
PROF. DR. MOHD CAIRUL IQBAL BIN MOHD AMIN
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa)
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
-----------------------------------------------------
Seksyen Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 7, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
No. Tel. : 03-8870 6974/6975
No. Faks : 03-8870 6867

 

Mohon geran di sini

Contact Us

Faculty of Music, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Level 11, Menara SAAS, UiTM Main Campus, 40450 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA


Website Inquiry:
Faculty's webmaster: rayner7479@uitm.edu.my

Tel: +603-5544 2710 / 16 / 20

 

           

Copyright © 2020 UiTM Faculty of Music Official Website.