Assamualaikum dan Salam Sejahtera
Tuan/Puan,
TAWARAN PERMOHONAN BAGI GERAN PENYELIDIKAN SDG FAKULTI MUZIK TAHUN 2020 - 2021
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Muzik UiTM telah membuka tawaran permohonan bagi GeranPenyelidikan SDG Fakulti Muzik 2020 - 2021.
- Permohonan ini di buka bermula pada 12 Nov 2020 (Khamis) sehingga 14 Disember 2020 (Isnin). Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar secara softcopy (salinan lembut) kepada Sekretariat UPFM pada atau selewat-lewatnya 14 Disember 2020 (Isnin) jam 3.00 petang di alamat email seperti berikut This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- Bersama-sama ini disertakan garis panduan, takwim permohonan,Surat Pemakluman Bayaran Caruman serta borang permohonan untuk rujukan pihak tuan/puan. (Dokumen berkaitan boleh dimuat turun melalui link di bawah)
Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh hubungi Sekretariat UPFM di talian 03-55442714/ 03-55227183/ 03-55442702. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian
Sekretariat UPFM
Fakulti Muzik UiTM
Tingkat 11 Menara SAAS
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
*Link untuk dokumen2 yang diperlukan ada di sini:
Borang Permohonan FM GRANT APPLICATION FORM
GARIS PANDUAN GERAN DALAMAN SDG FAKULTI MUZIK
Surat Pemakluman Bayaran Caruman